Selasa, 14 April 2009

...berbicaralah hati..





Setelah mata memandang kebisuan
Telinga mendengar kesenyapan
… dan berbicaralah hati..

Sarat monolog; benci, geram, sokong, menentang, ah!
Puas!
Sekeping daging bernafas membawa arah
Dipikulnya selaut keluh-kesah,
Dimamahnya segunung lapang
Adalah segenggam amanah

Terima kasih hati,
Kerana membenarkan konklusi
Setelah jerih berdiskusi

Biarlah hati menjalar
Dari hati ke hati
Menjelajah segenap ruang kudus
Jangan pula tandus menjejak nanah kufur
Biar akal jua subur mewangi
Menggerakkan yang sufi
Mengiringi hati seorang aku.

…dan bila hati berbicara,
Katakanlah..!
“jangan pusakakan dendam, jangan ditabur umpat-finah..!”.
Biarlah hati berbicara dengan nas-nas hakiki
Agar suci sekeping hati seorang aku.







N.Faizal/14042009/Ukm

2 ulasan:

Mohd K. Anuar berkata...

tuan hamba, monolog kan? bukan molonog kan? hehe

SukmaPujanggaKecil berkata...

salah ejaan.. terima kasih.