Rabu, 27 Oktober 2010
Bukan sekadar menjadi rindu yang maha sakit dalam indahnya.
Semoga kau masih ingat, sewaktu punggung kita bersatu dengan
pasir dan camar sedang enak bermain kaki di hujung ombak
pantai damai masih membawa angin lembut menyapa pipimu dan aku
mengusik riak rambut sendiri. Seperti aku mahu lagi begitu
melihat kau tenang seperti pulau-pulau jauh di laut lepas.
kita meramas pasir mengutip cengkerang agar bisa dijadikan
karang lalu dititip pada dinding istana tanda setia.
Kemudian ombak datang meroboh istana kita, kerana cengkerang dan
pasir miliknya kita pinjam. ya, kita hanya pinjam dan kita berlari
pada ombak yang pergi kemudian kembali, kita saling pandang
Kemudian aku lihat camar sudah pulang, dan ombak tetap berdendang saat
kau semakin pergi seperti pulau-pulau jauh dan bisu. aku diam. angin masih
seperti biasa menyapa muka dan tiada lagi pipi gebumu.
dan aku segera faham. Kita faham tentang pulau tetap jauh itu, tentang
ombak masih kembali dan angin dan kita dan engkau tak pernah bernama
kekasih kepada aku kepada ombak, camar dan pulau-pulau yang jauh. Semoga
kau masih ingat, bukan sekadar menjadi rindu yang maha sakit dalam indahnya.
yang ukir
N Faizal Ghazali
at
10/27/2010 11:16:00 PG
Ahad, 24 Oktober 2010
Bunga angkasa
Sesiapa pun tak akan
terpetik
tak akan terhidu baunya
menghias langit
dengan kelopak indah
alangkah kalau dalam mimpi pun
aku bisa mencapai
dan cukup sekadar mencium wanginya
hanya dalam mimpi pun
adalah nikmat tak terkata
oleh lidah menzahirkan syukur
Bunga angkasa
adalah angan-angan cuma
dan tak mustahil
ia wujud sebagai manusia
dan bulan pun akan cemburu
alangkah!
terpetik
tak akan terhidu baunya
menghias langit
dengan kelopak indah
alangkah kalau dalam mimpi pun
aku bisa mencapai
dan cukup sekadar mencium wanginya
hanya dalam mimpi pun
adalah nikmat tak terkata
oleh lidah menzahirkan syukur
Bunga angkasa
adalah angan-angan cuma
dan tak mustahil
ia wujud sebagai manusia
dan bulan pun akan cemburu
alangkah!
yang ukir
N Faizal Ghazali
at
10/24/2010 06:32:00 PG
Sabtu, 23 Oktober 2010
Sajak senja yang makin pergi.
Perlahan kau dilabuhkan matahari
belum sempat kubacakan
sajak-sajak merah dikakimu
indah dan suci
ya, aku tahu malam ada
untuk bermain mimpi
dan membuai bulan
dengan sajak-sajak tak sempat
dibacakan oleh senja atau
matahari tak sempat jadi saksi
senja yang makin pergi
lipatlah aku dengan rasa
tak pernah puas
semoga kita berjumpa lagi
lagi dan lagi
dalam sajak yang tak pernah habis
kutitipkan pada diri dan alam.
yang ukir
N Faizal Ghazali
at
10/23/2010 04:40:00 PTG
Ahad, 17 Oktober 2010
Kita dekat dalam rindu.
Aku mahu melihatmu
dalam senyum yang paling mahal
dan terpilih
tanpa ragu
Aku mahu senyummu
dengan bibir diam terindah
tak terucap oleh getar jiwa
membelah mimpi
setelah kian lama
kita saling jauh
Sebenarnya kita dekat
seperti api dan bara
hangat dalam rindu.
yang ukir
N Faizal Ghazali
at
10/17/2010 12:59:00 PG
Ahad, 10 Oktober 2010
Terbang
Terbanglah pada tarikh ini
ke hujung sungai dunia pun
barangkali kau akan ketemu
kembali dengan mimpi-mimpi lalu
terbanglah dalam mimpimu
dengan sayap khayalan
mungkin ada sesuatu untuk
disentuh dalam kenangan
terbanglah wahai pemuja malam
dalam lenamu Tuhan ada.
yang ukir
N Faizal Ghazali
at
10/10/2010 04:33:00 PG
Jumaat, 8 Oktober 2010
Tanpa Tajuk.
Puisi bagaimana lagi
perlu kutulis untuk
untuk menyokong rencana
para menteri
dan dasar-dasarnya
Aku tak fasih
dengan manifestasi
pilihan raya saban penggal
kerana terlalu klise
demi satu demi satu
pokok perjanjian
sekadar tertulis
dan tinggal kenangan
Oh, aku cuba fahami
rencana politik
adalah begitu sepoi anginnya
mabuk dan sedar dengan ombak
perlahan tapi kejam
menelan mangsa dan cinta.
perlu kutulis untuk
untuk menyokong rencana
para menteri
dan dasar-dasarnya
Aku tak fasih
dengan manifestasi
pilihan raya saban penggal
kerana terlalu klise
demi satu demi satu
pokok perjanjian
sekadar tertulis
dan tinggal kenangan
Oh, aku cuba fahami
rencana politik
adalah begitu sepoi anginnya
mabuk dan sedar dengan ombak
perlahan tapi kejam
menelan mangsa dan cinta.
yang ukir
N Faizal Ghazali
at
10/08/2010 08:38:00 PTG
Jumaat, 1 Oktober 2010
Oktober
Hari ini jumaat menyambut
oktober dengan senyum matahari
di tanah kuberpijak masih
waktu bertugas seperti selalu
dan angin berhembus
pergi tanpa jejak untuk dikesan
aku menanti datangnya tak henti
bagai selalu aku ingin menyapanya
dengan nikmat
Oktober masih ada udara
untuk kusela dihujung rambut
dan menguis debu di hujung kaki
dengan cinta jua.
UKM-Banting, Selangor.
yang ukir
N Faizal Ghazali
at
10/01/2010 08:58:00 PG
Langgan:
Catatan (Atom)