Jumaat, 9 April 2010

Sejijik pijakan.






Sekalian jejak yang kulangkah
menjadi kesan
adalah suci berbanding diri

oh Tuhan.





N.Faizal/08042010/UKM

Khamis, 1 April 2010

Cinta Suria IV




Aku ingin kearah naik dan turunmu
biarpun kutahu pancaroba ada menghalangi
dan kau tak selalunya terang
kala gerhana
tapi aku izinkan, matahariku
untuk malap seketika
kau penat menjerik cahaya

antara kita ada persefahaman
kerana aku yakin aturan Tuhan
di timurmu aku jelas segala
di baratmu aku gelap seketika
tapi bulan masih ada-suria
dan aku mamah kerlipan bintang, indah

perkasihan kita
sampai bila pun
adalah cinta langit dan bumi
adalah cinta siang dan malam
adalah cinta bintang dan rembulan
adalah cinta haiwan dan tumbuhan

Suria, selagi izin-Nya
kau pasti terang
menyuluh aku dan alam
cahayamu adalah kaki mengutus rindu.



N.Faizal/UKM