Rabu, 27 Oktober 2010
Bukan sekadar menjadi rindu yang maha sakit dalam indahnya.
Semoga kau masih ingat, sewaktu punggung kita bersatu dengan
pasir dan camar sedang enak bermain kaki di hujung ombak
pantai damai masih membawa angin lembut menyapa pipimu dan aku
mengusik riak rambut sendiri. Seperti aku mahu lagi begitu
melihat kau tenang seperti pulau-pulau jauh di laut lepas.
kita meramas pasir mengutip cengkerang agar bisa dijadikan
karang lalu dititip pada dinding istana tanda setia.
Kemudian ombak datang meroboh istana kita, kerana cengkerang dan
pasir miliknya kita pinjam. ya, kita hanya pinjam dan kita berlari
pada ombak yang pergi kemudian kembali, kita saling pandang
Kemudian aku lihat camar sudah pulang, dan ombak tetap berdendang saat
kau semakin pergi seperti pulau-pulau jauh dan bisu. aku diam. angin masih
seperti biasa menyapa muka dan tiada lagi pipi gebumu.
dan aku segera faham. Kita faham tentang pulau tetap jauh itu, tentang
ombak masih kembali dan angin dan kita dan engkau tak pernah bernama
kekasih kepada aku kepada ombak, camar dan pulau-pulau yang jauh. Semoga
kau masih ingat, bukan sekadar menjadi rindu yang maha sakit dalam indahnya.
yang ukir
N Faizal Ghazali
at
10/27/2010 11:16:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan