Rabu, 1 April 2009

..dan berbicaralah hati...

...dan berbicaralah hati, setelah mata memandang, telinga setia dengar, akal menerawan mentafsir. Itulah manusia yang sesak dengan monolog untuk menentang, menyokong, mengeji,menghina, memuji, mengkritik, dan menerima atau apa sahaja setelah dihadapinya akan sesuatu. Jangan disalahkan hati yang menilai atau mata yang memandang, kerana itulah beban yang dipikul dan biarlah hati terus berbicara, meleraikan kesah yang sesak dibenak. katakanlah pada hati terima kasih kerana membenarkan konklusi setelah puas berdiskusi. Biarlah juga hati terus menjalar dari hati ke hati, menjelajahi segenap ruang yang kudus, asalkan tidak tandus menyembah nafsu yang sering kebuluran menjejak nanah kufur. Seiringkan jua antara hati dan akal agar subur mewangi segala pancaindera menggerakkan semua yang sufi.
..dan bila hati berbicara, katalahkan padanya jangan tersimpan dendam, lenyapkan fitnah, jangan ditabur umpat dan kejian. Biarlah hati berbicara dengan nas-nas hakiki kerana di situlah bermulanya bicara hati yang suci. Wallahua'lam.
N.faizal's

Tiada ulasan: