Selasa, 7 April 2009

Teman, Masih Segar Diingatanku.

(Mengingati Allahyarham Wan Muhammad Haqiq Wan Azahari)
-Al-Fatihah-
Buatmu teman,
Aku amat rindu zaman riang kita
Mendaki gunung jaya
Seirama kita langkah,.mengejar pelangi remaja
Indah warnanya.. antara mimpi-mimpi mengulit malam

Terima kasih teman,
Kerna menyingkap lembaran kasih buatku
Walau kini kau tiada di sisi
Mengalun sketsa-sketsa dewasa
Aku redha pergimu
Biar bukan mahuku


Aku pasrah,
Berjuang dengan pentas fana ini
Kerana kutahu
Angin berlalu adalah detik yang makin dekat
Untuk kita bersama lagi,, walau tanpa sorak riang
Dia Maha Mengetahui….!



N.Faizal/032009/Ukm

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga beliau tenang di alam sana..
rjinnya cipta puisi,,truskan usha anda..