
Sekalian jejak yang kulangkah
menjadi kesan
adalah suci berbanding diri
oh Tuhan.
N.Faizal/08042010/UKM

Asmaraloka indah
kerana cintamu pada siang
dan bulan malam langsung
juga bintang
tanpa henti perhiasan-Nya
aku syukur dan setia
pada janji suci cahaya
agar tidak gelap dengan kesalan
Suria
cintamu bersama kejauhan
menghijaukan sempadan
dan hujan berikan aku rindumu
aku basah
subur mengenal alam
dengan murni rasa
"aku hidup kerana Tuhan
Agung mencipta, matahariku".
N.Faizal/08021010/UKM

| Jendela kedewasaan>> N.Faizal Ghazali |
Hari ini baru membuka riak rasa beda aku kecap nikmat dewasa ini muda terima kasih Tuhan.
|
01012010/UKM/ 22 tahun.