Ahad, 21 Mac 2010

Bulan yang rindukan pungguk.



Ia menunggu saban malam
merenung dibawah alam cuma
cahaya menjadi kaki
menjejak alam bumi
rindunya sampai di ranting
menyinarkan mata Si pungguk
yang setia
menikmati silau purnama
atau mengintai mangsa, mungkin

dan bulan menanti
kerana pungguk bersayap
terbang dan hinggap ke cakerawala Tuhan
nyata tidak mungkin
bulan mengharap tanpa kudrat
ah, rindu itu sakit yang indah
nikmat.


N.faizal/22032010/UKM

3 ulasan:

fauzi rashid berkata...

salam N faizal
satu keterbalikan dari ungkapan tradisi..pungguk rindukan bulan...
satu percubaan yang baik...
mengubah persepsi turun temurun....

aediasri berkata...

"cahaya menjadi kaki menjejak alam bumi"


Kemas

N Faizal Ghazali berkata...

Tuan Faziz, sekadar cuba menukarkan anggapan.

Aediasri, itulah indera bulan.

terima kasih atas kesudian komentar kalian.