Ia menunggu saban malam
merenung dibawah alam cuma
cahaya menjadi kaki menjejak alam bumi
rindunya sampai di ranting
menyinarkan mata Si pungguk
yang setia menikmati silau purnama
atau mengintai mangsa, mungkin
dan bulan menanti kerana pungguk bersayap
terbang dan hinggap ke cakerawala Tuhan
nyata tidak mungkin
bulan mengharap tanpa kudrat
ah, rindu itu sakit yang indah
nikmat.
N.faizal/22032010/UKM
3 ulasan:
salam N faizal
satu keterbalikan dari ungkapan tradisi..pungguk rindukan bulan...
satu percubaan yang baik...
mengubah persepsi turun temurun....
"cahaya menjadi kaki menjejak alam bumi"
Kemas
Tuan Faziz, sekadar cuba menukarkan anggapan.
Aediasri, itulah indera bulan.
terima kasih atas kesudian komentar kalian.
Catat Ulasan