Selasa, 23 Februari 2010

Bintang di puncak bukit.


Aku saksi
gantungan bintang
tak bertali di puncak bukit
ada awan bersapaan

malam itu
aku terhantuk
dicelah-celah bintang bersinar
kaget
rasa halus hinggap
memberi pilu
menghantar sendu

Tuhan
imankah itu?
aku rindu
mahu seperti bintang
biar pun satu
bersinar indahkan malam

Tuhan
jika itu iman
bawalah aku kedalamnya
moga cerah memagari hati.



N.Faizal/23022010/UKM

Tiada ulasan: