Siapakah dia yang sibuk menyusun kata
menghurai segala makna
sedang diri masih mencari erti
buat menyeberangi jejambat hidup
siapakah dia kalut menghujah sahaja
mengata betul apa yang dikata
biar pun diri masih leka meraja
untuk mengenal erti dewasa
siapakah dia kian ribut berbicara
seolah tahu semuanya
walau langkah masih menyusur kaku
kesamaran arah..!
siapakah dia yang teruja menutur
membawa makna kian lara
menjerat diri dalam perangkap sendiri
dungu kurasa dia.
Ah!
sungguh kalut dia
menghujah persoalan tiada beda maknanya
dengan setiap aksara dan bait erti
terkadang tidak tahu sebenarnya
hanya mengungkap sesedap rasa
untuk menyenang halwa telinganya
menjernih benak yang kusut fikiran
antara sedar yang tak sedar
dia mula memijak maruah sendiri
lari dari kejaran bayang diri
sedarlah!
betul kata teman-teman
kau teruja dengan leka
bermain dengan bodoh sendiri.
N.Faizal/12092009/UKM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan