Khamis, 3 September 2009

'Aku' itu adalah Malaysia.

Jika jambatan kecil kau titikan adalah aku

akan kubawa kau ke seberang

kau harus berjalan, hati-hati


jika seruling kau tiupkan adalah aku

iramanya akan kumerdukan

kau mesti hembus alunan nafas, gemersik


andai gunung kau daki adalah aku

aku tetap teguh daripada runtuhan

kau pasti keluruhan keringat ke puncak, gah


kalau perjuangan yang kau pilih adalah aku

perjuangan itu kupertahankan, kemas kudakap

kau mesti berjuang merangkul pelukan, erat


dan apa pun aku untuk kau apakan

aku hanya aku yang penuh harapan,

untuk kau jadikan apa pun kecuali kekecewaan, ingat.





N.Faizal/03091009/UKM.

1 ulasan:

fauzi rashid berkata...

salam sdr faizal
patriotik sekali bait puisimu
terasa semangat menusuk jiwa
cintakan pertiwi..