Khamis, 12 November 2009

Lembaran semesta.

Lewat musim ini kuakhiri

bersama tengkujuh tiba di timur-utara

kuhunus akal menduga

cuba upaya


berakhir untuk lewat semesta ini

dengan menanti debaran mendatang

sejuta mungkin menerjah

kutadah jua kepastian


ya, sekurangnya aku puas

menikmati gugusan masa

bermadu rasa aneka warna

corak-carik-suka-duka-lara


ah, puas!

moga kita ketemu lagi, semesta

menyosongku, ke puncak gading menara.


N.Faizal/12112009/UKM.

4 ulasan:

setiakasih berkata...

suka le tu.. paper dah abis erk?

N Faizal Ghazali berkata...

hehehe.. tau pun akak..

fauzi rashid berkata...

kepuasanmu dapat kurasa
kufahami
tapi teruskan perjuanganmu
menemui penggal-penggal yang masih tinggal... selamat berjuang

N Faizal Ghazali berkata...

Terima kasih Pak faziz, saya mahu pulang ke kampung dahulu, mahu gali ilham di bendang ayah. bermain dengan pacat dan lintah. wah, seronok sangat. Semoga kita terus bertemu di sini. salam.