Khamis, 19 November 2009

Dipinggir sakinahMu.

Tika diam membelah rasa
kosong menerpa seri wajah
gerak mata lesu menerjah

ah, bosan menghimpit
resah gelisah bagai kawan
mengalir dengan denyut nadi
berdegup

masih belum berakhir rupanya
sebuah ruang buat insan
untuk merenung ke tasik hakiki
membasuh hitam peristiwa

Tuhan, rasa ini kepuasan
kala aku rasa dekat
rapat
berdakapan
dipinggir sakinahMu.



N.Faizal/19112009/Kota Bharu.

1 ulasan:

Naim berkata...

Ya, masuklah ke dalamnya. Jangan pinggir-pinggir sahaja. Nanti bila terlalu dijarakkan akan menyesal pula...

DIA tidak sekali-kali mensia-siakan hamba-NYA.