Terima kasih kerana mengkuduskan aku
bersih seperti malaikat
walau tidak sempat
mengenal pahala;
sekurangnya aku tak berdosa
biar tidak semulia nabi pun.
tenanglah kau dengan puas
wahai ibu-ibu gatal
cantik menafsukan
bapa-bapa miang dan
kalian sama kebinatangan atau?
oh, menyorokkan aib
lalu
bertukar watak supaya manusia
kenal
binatang keterlanjuran.
ah, izinkan aku riang di syurga
tanpa berperang dengan dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan