Selasa, 20 Julai 2010

subuh itu, bulan masih merah.

Aku akrabi dini hari
dengan mimpi yang resah
dan rintik hujan membuka dingin
subuh itu, bulan masih merah
seperti malam sedang hangat

aku rapati mimpi tadi
dengan tafsir sendiri
jernih embun silau dipegang rerumputan
cahaya langit; juga watak bermula hari
terlakon antara sedar dan lara

aku kucupi pagi
dan bulan makin putih ingin hilang
dicerah mentari mendaki langit
dari timur
seperti langkah-langkah sabar
seluruh duniawi.

Tiada ulasan: