Selasa, 14 Julai 2009

Kuih satu Malaysia

Cukupkah gandum diacuan
pada tangan-tangan pejuang, kini
membentuk kuih yang adil timbangnya

Pada warna, rupa dan rasa
cukupkah
sekadar resipi bicara
diserap segenap benak bangsa
yang beda alis mata

Sedang kabur kuali wawasan
dilimpah minyak menggelegak
pada tekak kehausan
dan lapar keadilan
cukupkah

Satu Malaysia
adunan tepung-tepung beda jenamanya
enak katanya rasa
cantik bilangnya rupa
indah fikirnya warna

Nah, aku mahu telan semuanya!

Nfaizal/01062009/Kota Bharu

3 ulasan:

Mawar Desa berkata...

sangat best

cyberbangka berkata...

Salam kenal maniez, blog kamu keren bgt

rahsia_jejaka_bitara berkata...

Setuju.
Ada agenda bermakna di sebalik sana.
Rakyat kita sudah bermata bukan hanya mengikut telunjuk nista.