Jumaat, 6 November 2009

Kulempar jiwa kacau jauh.


Ketika rasa lompang singgah

menggigit jiwa mengusik fikir

hati kalut resah meraba punca


bungkam bagai


derap longlai menari songsang

dibisik haru irama

jiwa kacau ditembak kesah


jeda hinggap


aduh sakinah kujemput hadirmu

membibit buih-buih iman

dalam petala riwayat singkat


terang bangkit


sinar pijar hilang berganti

nur singgah berkasih sayang

membaja cinta tuhan


lari gelisah


dirotan wangi kalam tertulis

kulempar jiwa kacau jauh

mampir bersalut bongkah imani.


Indah menyanyi.

N.Faizal/06112009/UKM.

3 ulasan:

mamamin berkata...

salam puisi

"menikmati"

faziz ar berkata...

lenggok bahasa yang baik,,, syabas
puisi cantik

N.Faizal Ghazali berkata...

Terima kasih kerana menikmati.