Rabu, 4 November 2009

Gugur.


Gugurnya daun
patuh pada ketentuan
tanah diam terima

cacing bumi girang
merobek rakus
mengecap kering rasa

masih ada guna
bukan sekadar sampah
disaluti debu singgah

ah, sekurangnya aku fikir tentangnya!


N.Faizal/04112009/UKM

2 ulasan:

Penabahari berkata...

Benar nak, segala kejadian ada maknanya, ya..Subhanallah..
sajak anakanda semakin membijaksana. Memang itulah peranan puisi, membijaksana manusia.

N.Faizal Ghazali berkata...

Terima kasih, cuma menulis sesuatu yang terkesan dihati pak.