Rabu, 25 November 2009

Cermin sirah sehayat.


Sangkutlah kejora dengan kerlip abadi

dan tegakkan tiang biar melangit

pasti cerlang, terang iman

apa ada serpihan buntu

dari perca yang terlerai basah

untuk dicantum menjadi cermin

memapar kisah terwatak terserak

lihat, pantulan kasar pada cermin

mewajah dibalik kabur memori

jika kucam terhias menjadi sirah

langkahlah lagi, selarian denyut nadi menghela

hias, kepingan kaca setia

untuk sejasad hidup merona harum

dengan babak-babak gagah cinta-Nya

agar Rentung segala isi ranah

diinjap segar doa lagi putih dan suci

kembalilah

melirik kata-kata tuhan

lurus berjambatan hidayah

tolehlah laras-laras restu-Nya

indah.manis.abadi.




N.Faizal/25112009/Kota Bharu.

3 ulasan:

MOHD HANIFF berkata...

~ SUKA AKAN PUISI INI ~

N.Faizal Ghazali berkata...

Terima kasih Nif.

orang kertas berkata...

nah, daging korban yang kamu mintak:
http://news.nationalgeographic.com/news/2005/10/images/051007_robot_fish.jpg