Isnin, 2 November 2009

Aku dan puisi.


Usah kau Tanya

sajak apa nanti kutulis

dengan ajaib bahasa

pasti melantun makna


jangan dihairan

jika dedaun kering

kugarap jadi karangan

gugur berupa hiasan


jangan kau pelik

andai alun serunai

kugubah iramanya

menjadi rima berangkap


tatap ertilah

kalau sebaris tertulis

atau sepatah pun

adalah aku dan puisi.



N.Faizal/02112009/UKM

3 ulasan:

bayan berkata...

Salam,
puisi yang menyentuh. Lepas ni boleh ajar saya!

Penabahari berkata...

Salam anakanda,
teruslah menulis pasti akan mencapai kejayaan

faziz ar berkata...

salam sdr faizal
kalau pelukis menyatakan perasaan melalui garis-garis warna pada kanvas
pemuisi adalah seorang pelukis yang menjatuhkan kata pada kertas
seperti pelukis ada yang secara terus dan senang difahami dan ada yang bersifat abstrak yang perlu dihayati.