Ahad, 31 Januari 2010

Penghuni cinta.

Sampai bila pun
selagi ada elus angin
cinta tetap disebut
biar pun klise
tapi indah, bagai mawar merah
dititis hujan manja

saban pagi sore mahupun malam
penghuninya ada, tegar
untuk Tuhan
pada ibu jua ayah
pacar-isteri atau teman-teman

dan sebesar cinta
lantas lagi suci untuk agama
bagai dunia menjadi milik
juga memeluk akhirat
dihias redha-Nya
semoga!




N.Faizal/31012010/UKM

6 ulasan:

TeOT berkata...

faizal, kagum dgn tulisan kamu!

N.Faizal Ghazali berkata...

TeOt, tulisan aku kok biasa aja. apa pun terima kasih sudi ke mari. (rindu kamu) huhuhu

Shukri Mohd Ali berkata...

wah... (kagum) =)

* asyik komen yg sama ja. haha! *

Kamariah berkata...

Faizal... ma meminati sastera. Minat juga puisi, dan biasa juga menulis puisi. Tapi puisi ma biasa-biasa aje. Yang rengan-rengan, kagumlah dgn puisi Faizal.. slmt maju jaya.

aediasri berkata...

benda yang jadi klise
ada sebabnya jadi klise
contohnya lirik jiwang dalam lagu pop
haha

N.Faizal Ghazali berkata...

Terima kasih semua atas komen. Semoga ada manfaat kita bersama. Salam.