Ahad, 27 Disember 2009

Pertemuan.


(Dedikasi kepada rakan-rakan Minggu Penulis Remaja 2009)

Tika senyum bersapaan

jatuh ke dinding peristiwa

arah sama dituju

seiring

kita tekun berteleku

menadah deria

mengadap guru

dan menyelongkar

rahsia ilmu

tanpa sedar

garis waktu pergi

merakam kenangan

memikul pengalaman

manis.

8 ulasan:

marwan_amz berkata...

Teruskan menulis puisi-puisi yang indah, semoga jalinan kita menghasilkan mahabbah, bersama-sama teguhkan ummah, kembalikan semula perasaan izzah....hehe (aku ada bakat jadi pemuisi tak?)

N Faizal Ghazali berkata...

Wan, semoga macam tu hendaknya. kau memang berbakat besar. cubalah tulis puisi. aku pun nak cuba tulis cerpen.

orang kertas berkata...

jiwang la lu....

Syukri Sapuan berkata...

resah bercakaran di dadaku kala menguliti puisimu ini

crixerity berkata...

wah. aku suka puisi ni. hehe.
:)

faziz ar berkata...

salam sahabat
selamat menimba ilmu dan
selamat berkarya
semakin lama semakin bermutu
akukan selalu meneliti puisimu..

N Faizal Ghazali berkata...

Terima kasih sahabat2 sekalian.

Ilya Alias berkata...

terkesima sebentar membaca nukilan ko nih~ ishh...sob..sob~ faizal, envy la ngn talent ko.