Rabu, 2 Disember 2009

hitunglah dengan nafasmu

pejamkan matamu
pahatkan lirik syukur
terus, terus dan terus

pasti kau nampak kelibat nikmat
sebesar bumi, melimpah ke langit
hitunglah dengan nafasmu

biar nafsu kaku
diterobos akal merejam alpa
bukalah ruang batin
seiring nafas, melihat anugerah
dan basahkan Alhamdulillah.


N.Faizal/02122009/Kota Bharu

2 ulasan:

setiakasih berkata...

alhamdulillah...

bagus puisinya..

hu sein berkata...

ini buat aku fikir ttg syukur aku yang sedikit.