Sabtu, 17 Oktober 2009

Kau berdendangan kata.





Kata-katamu

kutelan ke atma hati

fakulti fikir membilas


perdu-perdu maksud

terhadam dek rasa

bungkam seketika


aduh, riwayat apa

kau lukis garis derita

sedang aku kaku


cukuplah, berdendangan

lelah aku menari rentakmu

Sesat berduri luka jiwa

merantai parut dipojok sanubari

izinkan kubernafas sendiri.


N.Faizal/10102009/UKM


5 ulasan:

nurul ashikin berkata...

salam saudara Faizal,
Menarik bila saya menjengah ke teratak puisi saudara. Adakah apa yang disampaikan itu mempunyai kaitan dengan diri saudara?

N.Faizal Ghazali berkata...

Salam dan terima kasih sdr. Nurul, tidak semestinya saya menulis yang berkaitan dengan diri saya. Kadang-kadang kita perlu menyelami hati, perasaan, keadaan dan sebagainya yang luar dari diri kita untuk diungkapkan.

setiakasih berkata...

Salam... Faizal.. saya cuba dengar lagu tu. tp tak de bunyik aahh.. nape.. tp saya rasa lagu tu mesti bess kan.. :)

N.Faizal Ghazali berkata...

Kak Setia, mana ada lagu.. belum bikin melodi lagi.. hahahaa..

faziz ar berkata...

salam N Faizal
bagus persembahn saudara...
aku tak bisa membuat persembahan seperti itu
dalam it dan blog masih banyak yang aku perlu belajar...
aku perlukan tunjuk ajar kalian