Jumaat, 18 September 2009

Ambillah olehmu sekeping kad bersalut dosa

Kubuangkan di sini

Sekeping kad bersalut dosa
Dan bersulam gubahan kata

Cinta antara kita dan semua


Ada khilaf berlumuran,

bertitis dan mengalir



Aku tunduk rendahkan pundak

Jari-jemari rapi tersusun, lihat
Lidah kelu lalu kutulis
Mengzahirkan sejambak maaf


Ada insaf menari sendu

Ambillah olehmu dan kalian

Segumpalan dosaku dengan menjernihkan khilaf

Kumohon, rayu, mohon, rayu dan rayu

Catatkanlah redha, maaf ke mataku

Biar kusambut beralas azam,
kukuh tinggalkan sejarah.