Sabtu, 28 November 2009

Jangan sentuh lagi-aku.

Jangan
dengan mata sekalipun
kerana pasti terasa
tika pandangan berbicara

cukup
biar sentuhan lalu hilang
ditepis gerak masa
dan mengukir gumpalan rindu

kesimpulannya
aku mahu di sini berdiri
tanpa tersentuh ghairahmu
dengan dada tipu terserlah
tak kurela sesaat
tergolek beralas kulitmu
biar selembut tilam lagi empuk
bisa mengudis lagi
sejarah.




N.Faizal/28112009/Kota Bharu-Machang.

7 ulasan:

MOHD HANIFF berkata...

secara jujurnya, aku amat menyukai puisi-puisi ko.

Nampak matang sangat puisi-puisi ko...
mesti dah ada banyak ilmu...

aku harap sudilah kiranya, kalau ko menjadi salah seorang pengomen setiap karya2 aku selepas nie...

chentaMAYA berkata...

indah~

faziz ar berkata...

salam kunjungan
sampai begitu sekali
keresahan dalam dadamu dapatku rasa...

orang kertas berkata...

mulai ungkapan:
tanpa tersentuh ghairahmu
dengan dada tipu terserlah
tak kurela sesaat
tergolek beralas kulitmu
biar selembut tilam lagi empuk
bisa mengudis lagi
sejarah.
- aku suka. yang lain tebal dengan klise.

N Faizal Ghazali berkata...

Orang kertas: Terima kasih, komen anda selalunya tidak hampakan saya.

Pak Faziz: begitulah kita manusia, kebiasaan diresah rasa. terima kasih.

ChentaMaya: Terima kasih.

Haniff: Terima kasih, aku pun macam kau, banyak lagi kena belajar. Untuk komen karya orang aku tak berani lagi. takut tersalah komen.InsyaAllah aku cuba.

crixerity berkata...

"kesimpulannya..."

macam tak kena lak diksi kesimpulan ni masuk ke dalam puisi. heh, pendapat peribadi. :)

N Faizal Ghazali berkata...

Terima kasih sdr crixerity, saja saya buat kelainan sedikit. Kadang-kadang diksi yang dirasa tidak sesuai jadi menarik jika diketengahkan. (sekadar pendapat).