Isnin, 12 Oktober 2009

Teratak puisi












Bertiang bahasa
bumbungnya kata-kata
dihuni makna

singgahlah
tidurlah
mendakap kamar falsafah

biar pawana bolos
harumkan bait indah
menghias halaman.







N.Faizal/12102009/UKM

6 ulasan:

solehah berkata...

SALAM..
EMM????

N Faizal Ghazali berkata...

W'SALAM, Kenapa emmm? ada masalah ke cik solehah? :-)

faziz ar berkata...

salam faizal
aku singgah diteratak puisimu
tersa keindahannya
bersulam bait-bait yang puitis
puisi pendekmu ini
amat terkesan
begitu kreatif
aku suka...

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam Faizal,

"kunjungan ke mari".

N Faizal Ghazali berkata...

salam jua Pak faziz dan pak zul, terima kasih atas kunjungan, kalian datang membawa semangat untk saya. terima kasih dan salam puisi jua.

pablo berkata...

teratak puisi..bukan teratak biasa, tapi teratak penuh kata dan makna; padan dengan namanya. salam ziarah.