Jumaat, 4 September 2009

Ke mana hatimu


Ke mana hatimu

dulu menarikan hatiku

lenggok kita serupa

di mimbar cinta

dicorak-carik apalah

peta kasih kita lakar

bercorak jujur mekar

dan

ke mana hatimu

hatiku terkial intai

kelopak mawar suci

untuk kubawa dakap

cium segenap wanginya

adalah citra dambaan

kugubah diralit angan

dan

ke mana hatimu

yang kurobek khilaf

ingin kugilap kembali

dengan insafi hatiku

lemas berteman kesal

pada jalan ego nestapa

meluka-ngeri kebinasaan

dan

ke mana hatimu

hatiku terlukis rindu

beralas diam,kaku,lesu

pedih sang irama tangis

menidakrelakan ghaib sayang

di atas tangan nista lain

kalau kudus sekalipun

dan

ke mana hatimu

untuk buai kuntuman jiwa

dahaga disepi desir pawana

ke marilah oleh hatimu

bicara perkasa tentang kita

diperkebunan redha-Nya

memburu takdir bertiang usaha.








N.Faizal/04092009/UKM






4 ulasan:

faziz ar berkata...

salam perkenalan
sdr faizal
salam ramadhan
menjejaki puisimu yang kukira
begitu kreatif dan menghiburkan
rima-rima yang kau cipta unik dan mengasyikkan.
syabas...

N Faizal Ghazali berkata...

Salam perkenalan dan ramadhan kembali sdr faziz,
Terima kasih kerana menatap puisi saya.

solehah berkata...

salam..em skdr membca sy blhla, nk mndlmi bhsa puitis sgt. em hati sape 2?...:)

N Faizal Ghazali berkata...

Terima kasih Solehah sudi membaca di sini. Hati kepada sesiapa sahaja yang bersituasi begitu. salam.